Memerhati, tersenyum, meluat tetapi, mereka tetap manusia. Suara lebih lembut dari perempuan, wajah lebih mulus dari gadis, lenggokan lebih mengancam dari para perawan gelaran. Tak perlu rasanya diperkenalkan pada tulisan, hakikatnya mereka memang telah popular sejak dua menjak ni. Allah mencipta 1 Adam, 1 Hawa. Dia tidak pernah mencipta pondan. Namun, mengapa golongan ini masih wujud ? hatiku dijentik seribu satu macam rasa ketika melihat mereka berjalan-jalan dengan alis tinggi berbibir merah menyerlah, siapa yang harus dipersalahkan atas terjadinya semua itu ? Pondan atau sensasinya mereka dengan panggilan Mak Nyah, Bapuk atau Darai merupakan golongan lelaki transeksual yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa diri mereka dikuasai oleh naluri seorang perempuan. Golongan pondan acap kali pula berkata bahawa mereka terperangkap dalam tubuh yang salah atau wanita dilahirkan transeksual. Setahu saya ketika Pencipta menciptakan seseorang, Dia tidak pernah salah kerana D...
Welcome to my personal blog, where my thoughts are woven into words. Writing - It's something I love beyond many things.