Memerhati, tersenyum, meluat tetapi, mereka tetap manusia. Suara lebih lembut dari perempuan, wajah lebih mulus dari gadis, lenggokan lebih mengancam dari para perawan gelaran. Tak perlu rasanya diperkenalkan pada tulisan, hakikatnya mereka memang telah popular sejak dua menjak ni.
Allah mencipta 1 Adam, 1 Hawa. Dia tidak pernah mencipta pondan.
Namun, mengapa golongan ini masih wujud ? hatiku dijentik seribu satu macam rasa ketika melihat mereka berjalan-jalan dengan alis tinggi berbibir merah menyerlah, siapa yang harus dipersalahkan atas terjadinya semua itu ? Pondan atau sensasinya mereka dengan panggilan Mak Nyah, Bapuk atau Darai merupakan golongan lelaki transeksual yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa diri mereka dikuasai oleh naluri seorang perempuan.
Golongan pondan acap kali pula berkata bahawa mereka terperangkap dalam tubuh yang salah atau wanita dilahirkan transeksual. Setahu saya ketika Pencipta menciptakan seseorang, Dia tidak pernah salah kerana Dia adalah mahakarya agung. Mungkin ada orang yang tidak suka akan tulisan ini tetapi, realitinya tulisan ini tidak pernah salah melainkan ia benar-benar terjadi dibumi nyata.
Ada pendapat mengatakan golongan pondan suka masuk tanda semata-mata untuk 'touch up' atau memakai mekap agar sentiasa kelihatan jelita dan ayu. Jangantak tahu mereka ni merupakan golongan yang paling sensitif juga paling peka terhadap penampilan dan keadaan wajah mereka.
Sebenarnya menjadi pondan adalah pilihan sendiri. Benar, bilangan kromosom X dalam DNA terlebih namun, ia bukan alasan untuk menjadi pondan. Kromosom menyebabkan individu tersebut meliuk lembut tetapi bukan pondan. Ada pendapat mengatakan bahawa putus cinta, pengaruh rakan sebaya, tekanan sosial juga pengaruh media- industri hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak pondan sehingga diterima sebagai hal normal oleh masyarakat.

Saya bukan membenci golongan mereka kerana pada dasarnya mereka tetap adalah manusia yang berkongsi planet bumi dengan kita dan segala macam ciptaan lain. Namun, adalah baik kiranya jika undang-undang negara diperketatkan dari gejala ini terus menular keperut masyarakat. Allah tidak pernah mencipta pondan. Masih ingatkah kalian peristiwa Taman Eden ? manusia hanya ada dua dan itu adalah Adam dan Hawa dan mereka adalah lelaki dan perempuan. Selebihnya adalah binatang dan haiwan juga tumbuh-tumbuhan.
Comments
Post a Comment