Saya mempunyai rasa yang sangat tinggi untuk menjadi penulis disuatu detik dimasa hadapan. Keinginan itu selalu memekar didadaku, selalu membuat hatiku berbunga meski sekadar berfikir akan siapa saya dimasa hadapan. Precious Cla seorang penulis ? wow !
Terasa hidup begitu hidup kala cita dan keinginan hati tercapai persis seperti apa yang dihajati. Namun, untuk menjadi seorang penulis tidaklah semudah mencium pipi kekasih hati. Tidak pula semudah menggigit kuku-kuku jemari tangan. Namun, keindahannya asli terasa seperti nikmat memakan aiskrim ditengah teriknya mentari nusantara.
Untuk membawa diri kearah itu, saya belajar untuk memaksakan diri menulis 1000 patah perkataan setiap hari. Apa jenis pun tulisan itu. 1000 patah perkataan melatih saya bersiap sedia untuk bergelar penulis kreatif di masa hadapan. Oh ! duduk-duduk dipinggir pantai sambil menikmati panorama agungnya ciptaan Tuhan yang maha Esa sambil menulis. Atau mungkin, berbaring ditengah hijaunya padang rumput sambil membaca tulisan sendiri. Betapa mulusnya keinginan itu.
Kerana itu, perbuatanku hari ini, minggu-minggu ini, bulan-bulan ini harus tidak lalai dan leka dalam mengerjakan harapan masa hadapan. Harus rajin dan jangan malas. Membaca karya orang lain juga harus dilakukan. Agar kepala penuh terisi idea dan tulisan kreatif.
Mungkin saya agak terlewat memulai tetapi, selagi nafas masih beroperasi dirongga hidung ini selagi itu saya masih berpeluang menggapai cita-citaku. Tiada kata berhenti, tiada kata selesai. Saya harus mengerjakan keinginan hati yang terbengkalai sekian lama, sekian tahun. Betapa ruginya diri ini membiarkan detik-detik pengalaman hidup dan idea-idea meluncur pergi tanpa tercoret dikertas putih mahu pun didalam blog ini.
Adakalanya, terpaksa mengimbas kenangan lalu untuk mewujudkan sebuah tulisan yang indah, yang asli dan lahir dari realita kehidupan. Hidup penuh memori dan alangkah indahnya jika memori turut terakam dalam tulisan sebagai saluran inpirasi kepada semua pembaca dan juga dikala kita tidak lagi mampu menulis, kita punya masa untuk membaca tulisan sendiri. Menikmati semua peristiwa dan keadaan yang pernah dialami melalui pembacaan di hari tua.
Baik itu hal yang melukakan atau menggembirakan, semuanya menjadi sebuah cerita bertulis sebagai ingatan disuatu hari kelak, seseorang itu pernah menjadi apa dan bagaimana sikapnya terhadap sesama. Menurut gambaran Iblis atau menjadi pengikut Syaitan bertopengkan manusia, baik dihadapan dan longkang dibelakang. Atau mungkin menjadi bahan fitnahan orang tetapi tetap terus melangkah maju menuju kejayaan meninggalkan semua golongan yang iri hati tanpa kemajuan diri.
Saya ingin menjadi penulis berwibawa suatu hari dan hari ini, juga hari-hari kemudian ini akan menjadi latihan memacu kearah cita murni. Precious Cla, cepat atau lambat suatu hari kelak pasti akan bergelar sebagai seorang penulis Malaysia, punya buku sendiri dan itu pasti sebuah kepuasan diri yang tiada tara tandingnya.

Semoga berjaya kak :-)
ReplyDeleteTerima kasih dik :)
Delete