Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Esei Pemandu Sebagai Duta Pelancongan

Pada tahun 2012 Kementerian Pelancongan telah menjadi perintis dalam mewujudkan program " Pemandu Teksi Sebagai Duta Pelancongan".   Menurut YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen pemandu teksi sangat berpotensi sebagai petugas barisan hadapan (frontliners) yang kerap berinteraksi secara langsung dengan pelancong harus memberi maklumat yang betul serta menjaga imej negara. Ini amatlah penting kerana terdapatnya peningkatan dalam jumlah kedatangan pelancong.   Pada dasar dan hakikatnya, saya bersetuju dengan kenyataan pemandu teksi sebagai duta pelancongan. Malaysia merupakan destinasi percuti dan tempat melancong yang kaya dengan keindahan semulajadi dan juga tapak bersejarah selain keunikan   kepelbagaiaan kaum dan agama di dalamnya. Justeru pihak kerajaan mengambil langkah bijak dnegan memperkenalkan pemandu teksi sebagai duta pelancongan yang berfungsi sebagai penyambut tetamu dan memberi salam selamat datang ke negara Malaysia.  Mengapa pemandu teksi ? apa log...