Skip to main content

Esei Pemandu Sebagai Duta Pelancongan



Pada tahun 2012 Kementerian Pelancongan telah menjadi perintis dalam mewujudkan program " Pemandu Teksi Sebagai Duta Pelancongan".  Menurut YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen pemandu teksi sangat berpotensi sebagai petugas barisan hadapan (frontliners) yang kerap berinteraksi secara langsung dengan pelancong harus memberi maklumat yang betul serta menjaga imej negara. Ini amatlah penting kerana terdapatnya peningkatan dalam jumlah kedatangan pelancong.  Pada dasar dan hakikatnya, saya bersetuju dengan kenyataan pemandu teksi sebagai duta pelancongan.

Malaysia merupakan destinasi percuti dan tempat melancong yang kaya dengan keindahan semulajadi dan juga tapak bersejarah selain keunikan  kepelbagaiaan kaum dan agama di dalamnya. Justeru pihak kerajaan mengambil langkah bijak dnegan memperkenalkan pemandu teksi sebagai duta pelancongan yang berfungsi sebagai penyambut tetamu dan memberi salam selamat datang ke negara Malaysia. 

Mengapa pemandu teksi ? apa logiknya mereka diangkat martabat sebagai duta memperkenalkan Malaysia dimata para tetamu luar seperti pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat, China, Korea, Jepun dan sebagainya ?

Jangan menjadi katak dibawah tempurung tidak tahu apa-apa perkembangan. Kebanyakan pelancong jika tidak menggunakan perkhidmatan agen pelancong, pasti akan menggunakan perkhidmatan teksi untuk menuju destinasi yang ingin dituju. Tidak mungkinlah anda masuk ke dalam teksi, dan terus ke destinasi tanpa sebarang komunikasi. Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam hal menyapa pelancong dengan mesra dan memberi informasi yang tepat kepada pelancong luar dengan tepat. 

Peranan pemandu teksi mampu meningkatkan kehadiran pelancong ke negara ini sekiranya aspek kemesraan dititikberatkan ketika menghantar dan mengambil penumpang. sebagai duta kecil negara kriteria seumpama itu dilihat membantu industri untuk berkembang maju ekoran imej pemandu teksi yang sentiasa mesra dengan penumpang mereka. Nawaitu, kemesraan semata tidak cukup melainkan seorang duta harus turut tahu perkembangan semasa agar maklumat yang berkaitan ekonomi, politik mahu pun pelancongan dapat diberikan secara tepat kepada penumpang terutamanya dari luar negara.
Jangan pula beri gambaran yang tidak betul kerana pemandu teksilah individu pertama berjumpa dengan pelancong luar dan sebab itu, mereka dianggap sebagai duta kecil kepada negara. Sebagai duta kecil negara, aspek dan kriteria ini perlu dititikberatkan kerana mereka merupakan individu yang lebih awal berjumpa dengan pelancong. Sudah tentu penumpang mereka juga ingin tahu perkembangan semasa yang berlaku. Justeru itu, seorang duta tidak boleh bersikap acuh tidak acuh akan keadaan sekelilingnya. Sekadar tahu jalan tetapi, tidak tahu apa yang sedang hangat dibicarakan dalam masyarakat.

Selain mempunyai maklumat yang tepat tentang lokasi pelancongan serta budaya dan adat resam masyarakat pelbagai kaum, pemandu teksi juga perlu menonjolkan pembangunan pesat serta kestabilan politik negara yang telah banyak membawa kemajuan dan keharmonian di negara. Dengan mempunyai pengetahuan asas ini, pemandu teksi  bukan sahaja sentiasa diperlu dan diharapkan oleh setiap pelancong, tetapi terus dihormati setiap pengguna teksi.

Menyedari hakikat inilah maka Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sedang giat menaik tarafkan  pemandu teksi di ibu negara sebagai pemandu pelancong yang diiktiraf melalui kursus intensif kepada golongan itu bagi meningkatkan imej negara perkhidmaan teksi di mata pelancong asing. Langkah itu dilihat mampu membantu kerajaan mengatasi masalah yang sering timbul ekoran persepsi negatif terutama di peringkat antarabangsa terhadap pemandu teksi di negara ini. Kerajaan sebelum ini telah melancarkan program Duta Teksi di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menangani isu aduan negatif terhadap pemandu teksi.

Disamping itu juga alangkah indahnya jika program-program berkaitan selalu diadakan bagi menjadikan  semua pemandu teksi sebagai individu yang berpengetahuan atau mempunyai maklumat tentang destinasi pelancongan yang menarik dihujung jari, malah mampu mengetahui secara asas tentang bahasa asing terutama bahasa Inggeris, Korea, China, Jepun dan Arab. Menguasai bahasa asing  amat perlu bagi membolehkan pemandu teksi terbabit mampu berinteraksi dengan baik dan jelas dengan pelancong asing terbabit. Tidaklah pemandu  teksi terkebil-kebil ketika menerima kehadiran para pelancong luar yang tidak tahu berbahasa Melayu. 

Paling penting, adab dan tatasusila seorang pemandu teksi hendaklah sentiasa dijaga, meningkatkan dan memelihara disipilin agar pelancong tidak berasa takut dan khuatir walau pun, ia sendirian didalam teksi tersebut.  Adalah sangat menyedihkan jika seorang pemandu teksi yang sepatutnya menjadi duta pelancong tetapi, akhirnya menjadi penjahat  seperti apa yang terjadi dinegara luar, merompak dan merogol penumpang. Biadap dan iblis sungguh sifat tersebut ! syukur sehingga hari ini Malaysia tidak memiliki sifat kejam dan durjana memperlakukan pelancong seperti itu. Justeru, setiap pemandu teksi harus diberi taklimat dan kursus atau seminar secara berperingkat agar tahap disiplin dan keadaan mereka kekal dipercaya dan terkawal disiplinnya.

Prestasi setiap pemandu turut dipantau melalui maklum balas daripada orang ramai serta melalui borang maklum balas pelancong yang diletakkan dalam setiap teksi yang menyertai program Duta Teksi Pelancongan. Mereka yang berprestasi tinggi akan terus diperbaharui bagi tempoh enam bulan seterusnya. Duta-duta Teksi ini akan beroperasi di lokasi-lokasi tumpuan para pelancong seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Tambang Murah (LCCT), Stesen KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan seumpamanya. MATIC akan dijadikan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi program ini untuk membolehkan Duta-duta Teksi Pelancongan ini mendapatkan bahan-bahan promosi seperti brosur produk pelancongan, kalendar acara pelancongan tahunan, cakera padat Malaysia Truly Asia dan Homestay untuk dijadikan bahan santapan informasi kepada para pelancong yang menaiki teksi tersebut.

Nawaitu, apa yang kelihatan baik tidak selalunya baik kerana terkadang ada pemandu teksi yang cuba untuk mengaut keuntungan dari  para pelancongan yang mengikut teksi mereka. Biasanya pelancong tersebut tidak tahu jika harga yang dikenakan kepada mereka terlalu mahal atau itu memang harga yang sepatutnya. SPAD melalui penguatkuasaan yang ada  seharusnya memantau sebilangan teksi yang  cuba melakukan penipuan kepada pengguna dengan sistem tawar-menawar yang mana nyata menyalahi undang-undang  yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemandu yang sedemikian seharusnnya  diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. 

Impak daripada perbuatan ini, ianya memberikan kesan yang amat panjang terhadap perlancongan negara dan juga kepercayaan pengguna terhadap sistem pengangkutan awam terutama teksi dalam negara ini

Antara sentuhan utama kepada pelancong luar ialah apabila mereka menaiki teksi, mereka menemui pemandu teksi dan membina persepsi menerusi interaksi pertemuan itu. Sama ada persepsi positif, menyenangkan ataupun sebaliknya, pemandu teksi  adalah sebahagian daripada nadi ekosistem, dilatih, diberi panduan bagaimana hendak  memperlihatkan imej baik dan layanan menyenangkan hati pelanggan. 

Teksi mempunyai peranan spesifik di dalam sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Mereka boleh menyediakan perkhidmatan dalam situasi di mana pengangkutan awam biasa tidak dapat diperolehi, contohnya di kawasan luar atau luar dari waktu operasi biasa seperti  tengah malam. Adalah penting bagi teksi untuk dilihat sebagai pelengkap dan memperkasakan pengangkutan awam dan bukan sebagai pesaing kepada pengangkutan awam yang terbaik. Adalah jelas teksi perlu memberi perkhidmatan kepada pasaran yang berbeza. Akan ada keperluan untuk mengekalkan kos perkhidmatan yang rendah bagi mencapai aksesibiliti tempatan dan keperluan transit khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah yang tiada akses kepada  kenderaan persendirian.

Untuk mencapai taraf yang sedemikian SPAD seharusnya memainkan peranan yang cukup baik didalam memastikan perkhidmatan teksi didalam negara ini sehebat  Bandaraya New York  atau London yang mana  memberikan perkhimatan yang cukup baik kepada pelancong dalam dan luar negara. Ia akan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan professional di dalam wilayah yang menawarkan pilihan sebenar kepada pengguna dan menjadi jenama yang diakui di peringkat antarabangsa dari segi tahap perkhidmatan dan kualiti.

Malangnya, program pemandu teksi sebagai duta hanya dijalankan dibeberapa bahagian dalam negara ini dan tidak menyeluruh. Ia terlihat jelas hanya mengutamakan bahagian-bahagian di ibu negara dan tidak pada negeri-negeri yang lain secara menyeluruh. Isu semasa yang dikenal pasti bagi pemandu teksi adalah ketiadaan latihan atau latihan yang minimal dan akibatnya terdapat kualiti perkhidmatan yang berbeza, tidak konsisten dan dilihat sebagai pekerjaan yang tidak menarik yang seterusnya mengurangkan lagi kualiti perkhidmatan. 

Lebih parah dan menyakitkan hati apabila mendengar laporan mengenai segelintir pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan cas berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Natijahnya, sedikit sebanyak apa yang ada pada pemandu teksi mencerminkan identiti sesebuah negara. Sekiranya buruk ianya menjadi bualan dan memberikan tanggapan negatif kepada pengunjung yang berkunjung. Pengalaman tersebut akan dikhabarkan kepada rakan-rakan, keluarga atau dalam tulisan-tulisan mereka dan itu akan memberikan imej sama ada buruk atau baiknya perkhidmatan teksi dinegara Malaysia.

Pemandu teksi seyogianya diangkat martabat sebaris dengan penjawat awam atau swasta yang duduk di pejabat  dan barisan ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Golongan ini merupakan barisan pertama yang menonjolkan sebaris gigi tersenyum mesra melayan karenah penumpang yang bukan sebangsa atau senegara kita. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Bukankah budi Bahasa budaya kita ? Jangan biarkan detik pertama pelancong menjejakkan kaki dinegara ini melangkah tanpa sambutan hangat , salam atau ucap selamat datang. Pemandu teksi  Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sungguh nilai itu tidak manis untuk dikenang oleh pelancong, sungguh keadaan itu akan sedikit-sebanyak mengganggu emosi para pelancong ketika melancong dinegara ini.
 
Seperkara lagi, elakkan mengambil pemandu teksi yang tidak berpengalaman dalam selok-belok kawasan jalan-raya, tidak beretika , tiada disiplin atau orang asing yang tidak berdokumen . Keadaan ini akan menjejaskan pandangan orang luar terhadap imej negara Malaysia. Apatah lagi kehadiran teksi sapu yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan dikawasan bandar-bandar utama. Pemantauan oleh pihak berautoriti harus dijalankan lebih kerap agar keadaan ini tidak mencacatkan  program pemandu teksi sebagai duta pelancongan terjejas. Para pelancong kurang faham situasi apa yang sedang berlaku dan teksi mana yang perlu dinaiki apabila pemandu teksi sapu juga sangat giat dan terlihat lebih mesra mengajak para tetamu asing masuk ke teksi mereka dengan cas bayaran yang lebih murah.  Keadaan ini dikhuatiri akan menjatuhkan imej perkhidmatan teksi sebagai duta pelancongan dimata dunia.

Tugas menyediakan dan memantau kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang dapat  dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik  dan tidak hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.
Pemandu Teksi merupakan duta kecil pelancongan Malaysia di dalam negara. Yakni membantu kerajaan menghubungkan pelancong asing dengan tempat-tempat  pelancongan menarik di seluruh Malaysia. Tidak dinafikan pemandu teksi  mampu menyumbangkan sedikit faedah kepada ekonomi pelancongan negara amatlah dihargai.

Walau bagaimanapun, seringkali pemandu teksi dianggap sebagai individu  yang kurang berpendidikan tinggi dan untuk belajar bahasa asing diusia yang agak lanjut adalah agak sukar. Namun, bukanlah masalah besar untuk dijadikan isu jika setiap pemandu teksi yang terpilih sebagai duta pelancongan diberikan kursus khas untuk belajar tentang hal ehwal alam sekitar, tempat-tempat menarik didalam negara dan juga belajar bahasa asing. Duta harus terlihat bijak dan berdedikasi dalam tugas. Semoga semua duta kecil tidak mempermasalahkan umur untuk terus belajar. Suatu pepatah klasik mengatakan bahwa "Orang yang berhenti belajar, sesungguhnya ia telah menua bahkan mati, tak peduli usianya 20 ataupun 80 tahun". Terbalik dengan orang yang selalu punya semangat mempelajari suatu hal, sesungguhnya ia tetap muda dan sentiasa hidup, serta tak jarang memberikan pelajaran dan inspirasi/pencerahan kepada orang-orang di sekitarnya, bahkan walau usianya sudah renta.  

Dan salah satu cara belajar efektif yang boleh dilakukan oleh para duta kecil ini adalah membiasakan diri berinteraksi dengan para penumpang teksinya menggunakan bahasa inggeris, mulai dari sapaan selamat pagi/petang/malam, tanya tujuan dan sebagainya sekurang-kurangnya dengan menggunakan bahasa Inggris. 

Saya pernah ke Thailand, pemandu teksinya hanya tahu berbahasa Thailand dan itu sangat sukar untuk mendapatkan apa-apa info tentang tempat yang ingin dituju, bagaimana sikap penduduknya, makanan dinegara itu dan sebagainya. Syukurlah, dewasa ini segala maklumat boleh dipetik dari internet. Berkomunikasi bagai itik dan ayam, sekadar berbalas senyum dan pandangan mata atau dengan menggunakan isyarat tangan adalah sangat kurang membantu mendapatkan maklumat. Sama halnya dengan Kota Seoul, Korea. Lain disoal, lain pula jawapannya. Sedikit Bahasa inggeris pun tidak difahaminya dan mungkin masalah saya sendiri kerana tidak belajar bahasa mereka. Tiada bezanya saya dan dia dengan seorang bisu yang hanya menggunakan bahasa isyarat kala berbicara. Bukan memperlekehkan pemandu teksi negara luar tetapi, sekadar menjadi ingatan buat para pemandu teksi yang menjadi duta pelancongan di negara ini agar belajar sekurang-kurangnya bahasa asas orang lain terutamanya, bahasa inggeris bagi memudahkan komunikasi berlaku dengan lancar dan difahami oleh pelawat asing.

Lain ceritanya ketika saya menggunakan perkhidmatan teksi negara Singapore, komunikasi lancar tidak perlu ceritalah. Memang hebat ! segala maklumat disampaikan dengan lancar dan tepat. Bahasa inggeris tiada masalah, bahasa melayu juga ia tuturkan dengan baik dan bahasa Cina juga mampu ia gunakan dengan teratur. Saya berasa senang kala memiliki pemandu teksi yang serba tahu bila soalan diajukan dengan jawapan yang tepat pula. Pemandu teksi seperti itu selalunya membantu pelancong menambahkan maklumat tentang negara tersebut, hal-ehwal semasa dan tempat-tempat menarik sekitarnya.

Namun, keramahan dan manisnya senyum tidak cukup menjadikan seseorang itu sebagai pemandu teksi yang baik. Saat kaki ini melangkah memasuki negara Indonesia,  teksilah yang saya cari untuk menghantar saya ke destinasi yang ingin saya tujui. Bicaranya ramah, wajahnya tersenyum tetapi, ketika turun suka saya mengingatkan bahawa harga yang diberikan sungguh mahal dan tidak masuk dek akal. Suka meninggikan nilai yang sebenarnya tidaklah mencapai tahap sedemikian. Namun, kerana kesempitan hidup mungkin atau tamak halobanya pemandu atau supir teksi itu nilai bayaran menjadi sangat tinggi dari harga asal. Sekali lagi, tulisan ini bukan untuk menjatuhkan tetapi, itulah realitinya. Hati boleh berubah kala melihat atau mengetahui pelancong tersebut mungkin berpotensi mempunyai duit yang banyak dan mudah untuk dibodek. 

Janganlah kiranya pemandu teksi Malaysia yang dikenali sebagai duta pelancongan bersikap sedemikian rupa. Tekadkan didalam hati untuk tetap membawa imej Malaysia yang jujur dan amanah dalam segala hal selain bersikap ramah dan tidak sombong dalam memberi bantuan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi anda. 

Malaysia kaya dengan keindahan alam semulajadi, taman tema yang menyatukan keluarga, menghimpunkan tawa-riang bersama teman, bandar bersejarah, pulau-pulau dan gunung-ganang dan banyak lagi pesona yang mampu memukau dunia untuk datang berkunjung ke negara Malaysia. Pertemuan pertama orang asing atau pelancong kenegara ini adalah bersua dengan pemandu teksi. Bertukar senyum dan bukan memandang dengan bengis bagai harimau tengah kelaparan. Jika demikian, siapa pun akan takut. Siapa pun akan berundur dari memilih teksi anda sebagai kenderaan untuk menghantarnya ke destinasi yang mahu dituju. 

Ringkasnya, saya setuju dan menyokong penuh niat kerajaan Malaysia menjadikan para pemandu teksi sebagai duta pelancongan Malaysia. Golongan ini tidaklah sehebat golongan elit tetapi, tetapi punya fungsi menyumbangkan faedah kepada industri pelancongan negara dan ekonomi negara. Marilah sama-sama membantu usaha murni kerajaan Malaysia menjadikan sistem pelancongan negara Malaysia dijangkau mata oleh seantareo dunia, keindahannya tidak perlu disembunyikan dibalik mata dan kehidupan sendiri tetapi, dinyatakan pada dunia betapa agung dan indahnya karya Tuhan keatas negara Malaysia. 

Bersyukur kepada golongan yang mahu menjadi barisan depan menyambut kehadiran pelancongan kenegara Malaysia. Mereka dengan pelbagai emosi dari rumah menghadap tetamu dari pelbagai pelusuk dunia dengan sebuah senyuman ikhlas mewakili seluruh rakyat Malaysia menerima kehadiran para tetamu menikmati panorama bumi Malaysia. Seharusnya dan sewajarnya, pemandu teksi diangkat sebagai duta pelancongan negara membantu memperkenalkan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Comments

Popular posts from this blog

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS MATEPAD 12 X (2026) PRE-ORDERS OPEN IN MALAYSIA

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable device KUALA LUMPUR, 6 JANUARY 2026 - Following its earlier preview, HUAWEI today officially opens pre-orders in Malaysia for the all-new HUAWEI MatePad 12 X (2026) alongside the next-generation HUAWEI M-Pencil Pro, marking a significant evolution in mobile productivity and intelligent creation. Designed for users who demand flexibility without sacrificing performance, the new tablet and stylus redefine how work, study, and creativity come together in a single, portable ecosystem. Built to support fast-paced, on-the-go lifestyles, the HUAWEI MatePad 12 X (2026) combines PC-level productivity capabilities with a refined, lightweight design, while the HUAWEI M-Pencil Pro introduces a new standard of intelligent, gesture-based interaction. Together, they deliver a more natural, intuitive, and fluid experience, empowering content creators, professionals, and students to stay productive whe...

OMS Energy Technologies Inc. Inks Technical Service Partner Contract with a Major Thai Oil and Gas Operator

 Expands Presence and Service Offerings in Strategic Growth Market MALAYSIA, OCTOBER 30, 2025 - OMS Energy Technologies Inc. (“OMS” or the “Company”) (NASDAQ: OMSE), a growth-oriented manufacturer of surface wellhead systems (“SWS”) and oil country tubular goods (“OCTG”) for the oil and gas industry, and its wholly-owned subsidiary, OMS Oilfield Services (Thailand) Ltd. (“OMS Thailand”), announced an expansion of the Company’s long-standing partnership with one of Thailand’s foremost oil and gas operators. OMS Thailand has been awarded a Technical Service Partner Contract covering technical consultancy, gauging management and hardware services, demonstrating the operator’s deep confidence in OMS Thailand’s technical proficiency, operational rigour and engineering expertise. OMS Thailand’s two facilities in Songkhla and Sattahip, with over 20 and 10 years of service, respectively, are fully licensed to support the region’s OCTG sector with connection threading, repair, and maintenan...

HUAWEI’S MOST DURABLE FOLDABLE SMARTPHONE NOW AVAILABLE NATIONWIDE

  Gift Innovation and Prosperity this Chinese New Year with the HUAWEI Mate X6, HUAWEI nova 13 Series,  and HUAWEI FreeBuds Pro 4 KUALA LUMPUR, 10 JANUARY 2025 - Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia is excited to announce the nationwide availability of its latest flagship products: the HUAWEI Mate X6, HUAWEI nova 13 Series , and HUAWEI FreeBuds Pro 4 . These devices exemplify Huawei’s commitment to advanced technology and premium user experiences, making them ideal gifts for this Chinese New Year. Together with these latest devices, Huawei will also be launching a new variant of the HUAWEI Watch GT 5 for this festive season.  A Foldable Future with the HUAWEI Mate X6 The HUAWEI Mate X6 revolutionises foldable smartphones with its elegant, durable design and advanced features. Featuring the Space-Age Orbit camera layout and an exclusive Nebula Grey Vegan Fiber finish, it boasts a 50MP Ultra Aperture Camera, 40MP ultra-wide-angle lens, and 48MP telephoto micro c...