Akhirnya saya akan menggunakan blog baru ini sebagai medan menulis perjalanan hidupku di negara asing, iaitu kota Yunani. Sudah 16 bulan saya berada di kota tua ini, semuanya berjalan dengan baik-baik sahaja. Hanya kadang-kadang agak bosan kerana belum ada orang yang mampu kusebut 'kawan', yang ada hanyalah kawan-kawan dari suamiku dan kemudian menjadi, atau harus kusebut kawan.
Saya mencuba untuk mendaftar kelas bahasa Yunani tetapi, pendaftaran telah ditutup dan hanya akan dibuka semula pada bulan Ogos. Saya hanya ingin mencari networking, siapa tahu melalui kelas ini akan memudahkan saya mendapat kerja nanti. Minggu ini saya turut mendaftar kelas menari tarian Indonesia melalui sebuah organisasi yang berhubungan dengan Indonesian Embassy in Greece. Sudah tiba waktunya untuk melebarkan sayap di negara ini.
Jujur bicara, orang-orang di negara ini sangat ramah dan saya tidak mempunyai masalah dengan cara mereka melayan saya. Bayangkan, ketika saya memesan makanan di sebuah cafe dan kad bank saya tidak berfungsi, pemilik cafe tersebut mengatakan 'tidak apa-apa, bayar nanti saja' dan saya datang membayar keesokan harinya. Suatu pagi saya memesan freddo capucino menggunakan kad bank suami saya dan kad tersebut memerlukan password. Saya memanggil suami saya tetapi, cashier tersebut mengatakan 'it's okay, I pay'. Sebaik itukah mereka dengan foreigner?
Tidak hanya itu, ketika berjalan di tepi jalanraya bersama suami, tiba-tiba seorang wanita tua menegur suami 'kau harus berjalan ditepi jalanraya dan bukan isterimu, kau harus menjaga keselamatan isterimu'. Awwww orang-orang di negara ini sangat manis budi pekertinya dan saya jatuh cinta. Sama halnya ketika saya sendirian ke supermarket untuk membeli sesuatu. Satu hari saya ingin mencapai satu barang di rak yang tinggi, tiba-tiba datang seorang gentleman 'boleh saya bantu?' dan lelaki itu bukan pekerja, hanya sama-sama pembeli.
Terkadang saya lupa yang saya sedang berada di luar negara kerana, vibes orang-orang di sini sama dengan orang di Sabah. Ramah dan riuh. Hanya makanan dan cara berfikir mungkin menjadikan negara ini dan negara Malaysia berbeza.
Terkadang saya hairan dengan perut orang ini, makanannya hanya sederhana tetapi sudah kenyang. Hanya makan ikan, salad dan bread pun sudah kenyang. Perut Asia-ku memerlukan nasi untuk bertahan berjam-jam. Namun, setelah 16 bulan di sini akhirnya saya tahu dimana untuk membeli barang-barag makanan Asian. Makanya, dapur kami bercorak 'gagal Mediteranean' kerana sudah bergabung dengan makanan Sabahan. Malah, kami akan ke Asian food setiap hujung minggu untuk memuaskan nafsu makanku. 😋

Comments
Post a Comment