Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Esei Pemandu Sebagai Duta Pelancongan

Pada tahun 2012 Kementerian Pelancongan telah menjadi perintis dalam mewujudkan program " Pemandu Teksi Sebagai Duta Pelancongan".   Menurut YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen pemandu teksi sangat berpotensi sebagai petugas barisan hadapan (frontliners) yang kerap berinteraksi secara langsung dengan pelancong harus memberi maklumat yang betul serta menjaga imej negara. Ini amatlah penting kerana terdapatnya peningkatan dalam jumlah kedatangan pelancong.   Pada dasar dan hakikatnya, saya bersetuju dengan kenyataan pemandu teksi sebagai duta pelancongan. Malaysia merupakan destinasi percuti dan tempat melancong yang kaya dengan keindahan semulajadi dan juga tapak bersejarah selain keunikan   kepelbagaiaan kaum dan agama di dalamnya. Justeru pihak kerajaan mengambil langkah bijak dnegan memperkenalkan pemandu teksi sebagai duta pelancongan yang berfungsi sebagai penyambut tetamu dan memberi salam selamat datang ke negara Malaysia.  Mengapa pemandu teksi ? apa log...

Menjadi Penulis Malaysia

Saya mempunyai rasa yang sangat tinggi untuk menjadi penulis disuatu detik dimasa hadapan. Keinginan itu selalu memekar didadaku, selalu membuat hatiku berbunga meski sekadar berfikir akan siapa saya dimasa hadapan. Precious Cla seorang penulis ? wow ! Terasa hidup begitu hidup kala cita dan keinginan hati tercapai persis seperti apa yang dihajati. Namun, untuk menjadi seorang penulis tidaklah semudah mencium pipi kekasih hati. Tidak pula semudah menggigit kuku-kuku jemari tangan. Namun, keindahannya asli terasa seperti nikmat memakan aiskrim ditengah teriknya mentari nusantara.  Untuk membawa diri kearah itu, saya belajar untuk memaksakan diri menulis 1000 patah perkataan setiap hari. Apa jenis pun tulisan itu. 1000 patah perkataan melatih saya bersiap sedia untuk bergelar penulis kreatif di masa hadapan. Oh ! duduk-duduk dipinggir pantai sambil menikmati panorama agungnya ciptaan Tuhan yang maha Esa sambil menulis. Atau mungkin, berbaring ditengah hijaunya padang rumput...